1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah merangka beberapa inisiatif utama yang akan diketengahkan sepanjang Malaysia memegang tampuk kepengerusian tahun depan, termasuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) ASEAN.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 26 Sept (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mencapai kadar pengambilan 100 peratus semasa previu pembangunannya, Aspira Hills, DiReka Square dan Aspira LakeHomes yang mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM499 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti Malaysia bagi minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk dana bernilai RM271.5 juta pada minggu lepas.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan promosi bagi menarik minat pelabur untuk melabur dan mendirikan kilang di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) dan Taman Teknologi Bandar Casia (BCTP), di Batu Kawan.