4bulan ago
Daripada Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia Cambodia mengumumkan langkah strategik untuk melancarkan laluan baharu Siem Reap ke Singapura dengan menyasarkan peningkatan trafik penumpang akhir tahun yang akan membantu merangsang sektor penerbangan domestik.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) mengunjurkan eksport getah dan produk getah Malaysia akan melangkaui RM30 bilion menjelang akhir tahun, dirangsang oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Persidangan Invest Malaysia 2024 dijangka menarik Lebih 500 delegasi termasuk pelabur berpendapatan tetap, pelabur ekuiti dan ekuiti swasta asing dengan dengan gabungan aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi RM56.7 trilion.
4bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kadar inflasi domestik yang lebih rendah membantu ringgit meneruskan kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pakej insentif bagi Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City (FC) dijangka dapat menarik modal antarabangsa terutamanya daripada individu bernilai tinggi ke wilayah itu.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah hari ini dan dijangka mengekalkan trend meningkat berikutan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu lepas yang memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi AS lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelancaran 'antara muka (interface) beta bahasa Inggeris' melambangkan komitmen Taobao terhadap pasaran e-dagang Malaysia selain meningkatkan kebolehcapaian dengan menumpukan kepada penyelarasan ciri-cirinya agar lebih mesra pengguna.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 Sept (Bernama) -- Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit memperoleh kelebihan yang ketara daripada pemotongan 50 mata asas (bps) kadar dana persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS), kerana nilainya terus meningkat berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.