1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Forum Ekonomi Belia (YEF) 2024, yang mengumpulkan lebih 1,200 delegasi hari ini, menyediakan platform kepada profesional muda, universiti dan pelajar kolej untuk terlibat dalam perbincangan tentang landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang, memfokuskan kepada ekonomi digital dan hijau, serta pembangunan bakat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan belia memperoleh akses kepada pekerjaan yang sepadan dengan latihan mereka dan tiada wilayah yang terpinggir daripada mendapat pendedahan digital.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Amphenol DC Electronics Malaysia Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan global membuka kemudahan baharu seluas 70,000 kaki persegi di Pulau Pinang, dan akan membuka fasa kedua tambahan 60,000 kaki persegi.
1tahun ago
Oleh Muhamad Amir Aiman Azlan
SHAH ALAM, 26 Okt (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil minggu depan berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam mod mendatar minggu depan, dengan permintaan dan harga kekal rendah, menurut pakar industri Denis Low.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga mendatar pada minggu depan dalam julat 4.34-4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menunggu pemilihan presiden negara maju itu pada 5 November ini.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A.Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.
1tahun ago
KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkan barisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sini bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) terus memperlihatkan momentum pertumbuhan yang kukuh pada Ogos 2024, dengan mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus, mencapai 114.3 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia.