1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka memperuntuk perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi sebanyak RM94.5 bilion dalam Belanjawan 2025 daripada unjuran RM88.5 bilion pada 2024, untuk meningkatkan sektor infrastruktur.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati dalam jajaran 1,630-1,650 minggu depan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Acara Enlit Asia 2024 yang baru sahaja berakhir menggesa negara anggota ASEAN untuk bersatu, memajukan pendigitalan dan memacu inovasi untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd telah melantik Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai pengerusi baharunya.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street apabila inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan telah melenyapkan harapan penurunan kadar AS yang lebih besar pada bulan depan.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengurangan kadar faedah di beberapa negara di seluruh dunia mencerminkan peralihan dasar monetari global kepada pendirian yang lebih longgar, didorong oleh keadaan ekonomi domestik yang berbeza, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan garis panduan pengurusan bateri serta kenderaan elektrik (EVBM) untuk memastikan keselamatan awam, perlindungan alam sekitar dan kemampanan ekosistem EV Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, Oct 11 (Bernama) -- Malaysia boleh meningkatkan pelaburan langsung asingnya (FDI) melalui Belanjawan 2025 dengan menawarkan insentif cukai yang berani, mempermudahkan peraturan dan menyokong sektor bersasar, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Foodpanda Malaysia berharap kerajaan akan mengekalkan pembiayaan berfokus kepada pekerja-pekerja gig dalam Belanjawan 2025 seperti yang diperuntukkan dalam belanjawan sebelum ini bagi membantu mereka berkembang maju.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun dengan nilai jualan pada Ogos 2024 berjumlah RM149.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan.