6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik semakan semula Kementerian Kewangan (MoF) terhadap peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ia sangat bermakna kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan selepas meneliti sentimen awam, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan peluasan skop Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku, rawatan wajah serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk memperkenalkan skim insurans asas bagi mengurangkan kesan inflasi kos perubatan yang membimbangkan rakyat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ketegangan geopolitik berterusan di Timur Tengah memberikan kesan bersifat jangka masa pendek kepada Malaysia, terutama dari segi kestabilan ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pelancaran inisiatif strategik bernilai RM211 juta oleh Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) akan menyokong pertumbuhan mampan dan inklusif segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama anak syarikatnya, Jelawang Capital (Jelawang) hari ini mengumumkan pemilihan lima firma modal teroka (VC) pertama di bawah Program Pengurus Dana Baru Muncul (EMP) dan Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) Jelawang.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syarikat-syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan.