BERITA TERKINI   Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | Pengukuhan ringgit menunjukkan keyakinan terhadap sistem ekonomi negara - PM Anwar | Malaysia catat lebihan dagangan sebanyak RM151.80 billion pada 2025, meningkat 9.2 peratus ketimbang 2024 - PM Anwar | Malaysia jana jualan eksport RM45.4 bilion daripada lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri pada 2025 melibatkan sektor seperti gas cecair asli, minyak kelapa sawit dan E&E - PM Anwar | Malaysia catat lebihan dagangan sebanyak RM1.58 billion pada 2025, meningkat 9.2 peratus ketimbang 2024 - PM Anwar | 

Terdapat 2208 berita berdasarkan kata kunci carian " pertama"

PM Anwar Berlepas Ke Ethiopia , Persinggahan Pertama Dalam Lawatan Ke Tiga Negara Di Afrika

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr. Abiy Ahmed Ali.

Malaysia Terajui Fintech Islam, Sukuk Berorientasi Iklim Menjelang 2040 -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk menjadi penanda aras global bagi kawal selia, inovasi dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Islam serta pusat kecemerlangan teknologi kewangan (fintech) Islam dan sukuk berorientasikan iklim menjelang 2040, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Disiplin Fiskal, Pengurusan Ekonomi Negara Teratur Dorong Ringgit Jadi Mata Wang Terbaik Asia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AirAsia X Tinjau Potensi Laluan Baharu Eropah Tahun Depan

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

ISTANBUL (TÜRKIYE), 17 Nov (Bernama) -- AirAsia X (AAX) sedang merancang untuk meneroka beberapa destinasi tambahan di Eropah yang disasarkan untuk dilancarkan tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Benyamin Ismail.

Anwar Lakukan Lawatan Bersejarah Ke Ethiopia, Perkukuh Hubungan Dengan Kesatuan Afrika

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia ketika Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan benua Afrika melalui ibu pejabat Kesatuan Afrika di ibu kota negara itu, Addis Ababa.

Penerbangan Pertama AirAsia X Ke Istanbul Catat Permintaan Tinggi Dua Hala

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

ISTANBUL (TURKIYE), 17 Nov  (Bernama) -- Penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Istanbul, Turkiye, mencatat permintaan kukuh bagi kedua-dua hala, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur beroperasi pada 81 peratus kapasiti dan penerbangan balik hampir 89 peratus penuh.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Melonjak 49.9 Peratus Kepada RM160.65 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 melonjak 49.9 peratus kepada RM160.65 juta berbanding RM107.16 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama 2024.

MITI Perhalusi Pelaburan Di Sabah, Elak Jadi 'Assembly Hub' Semata-mata

KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.

Untung Bersih TH Plantations Naik Kepada RM31.6 Juta Susulan Harga Produk Sawit Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM31.60 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM21.55 juta dalam tempoh sama tahun lepas. 

Keuntungan Bersih Suku Kedua MNRB Melonjak Kepada RM112.26 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Malaysia Majukan Penyelidikan Nutrisi Minyak Sawit Menerusi MPOB - Johari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan kedudukannya dalam penyelidikan nutrisi berasaskan sains melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sedang menjalankan kajian menilai nilai nutrisi, komponen bioaktif dan kesan kesihatan daripada penggunaan minyak sawit.

CelcomDigi Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM341.23 Juta Pada Suku Ketiga 

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.