Terdapat 1862 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Di Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Selasa bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini walaupun terdapat petunjuk positif daripada pasaran global.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

 KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lebih lembap untuk komoditi itu, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Sentimen Positif Sidang Kemuncak ASEAN, Serantau Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, dipacu oleh sentimen optimis membabitkan Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung dan terbukti memacu keyakinan terhadap kerjasama ekonomi serantau selain seiring prestasi pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Tidak Berubah Susulan Petunjuk Bercampur-campur Pasaran Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tidak berubah hari ini di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau dan juga kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

FBM KLCI Dijangka Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, disokong oleh minat belian yang berterusan melepasi paras psikologi 1,600.

Sentimen Berhati-hati Dijangka Dorong Ringgit Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan susulan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan datang.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan jajaran kecil antara US$4,050 hingga US$4,100 setiap auns apabila para peserta pasaran menilai semula kedudukan mereka di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Banyak Berubah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah dengan sedikit cenderung menurun minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini atas jangkaan permintaan yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini meskipun kenaikan di pasaran tunai pendasar.