2bulan ago
KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM326 juta di bawah Belanjawan Negeri 2026, kata Menterinya Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini, meninggalkan visi untuk masa depan Malaysia, menyasarkan syarikat daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga pemain utama menjadi peneraju pada peringkat global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.1 pada November berbanding 49.5 pada Oktober disokong oleh lonjakan dalam tempahan baharu yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia Brand Day 2026 yang julung kali diadakan dijangka menjadi platform utama untuk menarik pelabur asing serta memudahkan peluang pembiayaan bagi jenama tempatan Malaysia, kata penganjurnya Brand Day (M) Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih belum selesai sepenuhnya dan jumlah obligasi kewangan 1MDB melebihi RM50 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal komited melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sekali gus menolak cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api ditetapkan mengikut harga pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kerajaan komited untuk terus menurunkan hutang baharu 2025 dengan unjuran kira-kira RM75 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pemberian insentif di bawah Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dinilai berdasarkan keberhasilan pelaburan, bukan lagi jumlah pelaburan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Asia Pasifik kekal sebagai rantau yang paling pesat berkembang di dunia bagi sektor penerbangan, berikutan permintaan yang terus melebihi kapasiti di tengah-tengah tekanan rantaian bekalan, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan melihat penglibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Intel Corporation mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pemasangan dan ujian mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) akan berkembang sebanyak 4.6 peratus tahun ini.