Terdapat 3768 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan laporan data penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh bagi Disember 2024.

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah, Menjejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup sedikit rendah pada Isnin seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Harga MSM Diunjurkan Kekal Tinggi Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim.

Perdagangan Borong, Runcit Naik 4.7 Peratus Pada November Dengan Jualan RM149.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 4.7 peratus tahun ke tahun untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Duti Antilambakan Sementara Kepada Dagangan Subjek Dari China, India, Jepun Dan Korea Selatan - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Duti antilambakan sementara di antara 2.52 peratus hingga 36.80 peratus perlu dikenakan kepada import dagangan subjek dari China, India, Jepun dan Korea Selatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan, Didorong Optimisme

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu depan, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Keadaan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan pelabur berhati-hati menjelang laporan inflasi AS serta beberapa siri ucapan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan sepanjang tempoh tersebut.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, menurut peniaga minyak sawit David Ng.