8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd meningkat kepada RM534.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM532.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, dirangsang oleh permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dan pertumbuhan dalam hasil.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaran prestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil, bergerak antara RM4.46 dan RM4.48 minggu depan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan tidak berubah tetapi condong sedikit dalam aliran menaik disebabkan kesan Monsun Timur Laut, yang boleh berlangsung selama beberapa bulan, kata pakar industri Denis Low.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Tenaga Nasional dalam persekitaran prestasi yang kebanyakannya optimis di bursa saham serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, Nov 21 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.