Terdapat 542 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran ace"

Sentimen Di Bursa Malaysia Dijangka Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul di Bursa Malaysia minggu depan dengan jangkaan tekanan jualan berkurangan ketika para pelabur mula mencerna kesan tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan, CI Susut 0.97 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankan pasaran yang terus merasai kesan daripada kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).

FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional.

Indeks Utama FBM KLCI Naik 12.87 Mata Ke Paras Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat, berlegar sekitar julat 1,505-1,515.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung, Gempa Bumi Di Myanmar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut dan sentimen pelabur dipengaruhi oleh kejadian gempa bumi di Myanmar, gegarannya turut dirasai di Thailand, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.

Southern Score Builders Cadang Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE mencadangkan pemindahan penyenaraian serta keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend meningkat untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan pembelian saham telekomunikasi dan pengguna.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan prestasi positif sehingga tengah hari pada Rabu, disokong oleh minat belian dalam kebanyakan saham berwajaran tinggi memandangkan sentimen pasaran terus bertambah baik, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Oleh Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Wawasan Dengkil Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebih Banyak Projek Ladang Solar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembinaan, Wawasan Dengkil Holdings Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia hari ini merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan lebih banyak projek infrastruktur ladang solar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mencatatkan penurunan semalam dan disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.