30hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- PwC Malaysia percaya kajian semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana dalam Belanjawan 2025 akan menjadi langkah yang dialu-alukan berikutan dengan kebimbangan meningkatnya kos sara hidup rakyat.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini dengan aktiviti jualan sederhana membabitkan kaunter perladangan selain produk dan perkhidmatan pengguna, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor-sektor yang layak, menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif, dengan saham kewangan mendahului penurunan.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
1bulan ago
Daripada Hasnah Jusid
SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- CelcomDigi Bhd dan pengendali telekomunikasi tanpa wayar terkemuka Korea Selatan, SK Telecom Co Ltd, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam inisiatif kecerdasan buatan (AI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd (Yinson) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu RM203 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai, 2024 berbanding RM230 juta yang dicapai pada suku sama tahun kewangan 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan tahap piawaian tadbir urus, dengan Jabatan Audit Negara memulakan projek transformatif yang menekankan kepada kepentingan pendigitalan, pengauditan berasaskan risiko dan tadbir urus kolaboratif.
1bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap geopolitik di Timur Tengah, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM837.89 juta untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), yang akan memanfaatkan 650,487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$116.77 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$88.9 juta pada akhir Ogos 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).