1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.
1tahun ago
RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 November (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Malaysia dan Brazil untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan kerjasama berikutan Selatan Global memainkan peranan penting.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Sabah mencatatkan imbangan dagangan berjumlah RM9.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM11.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
1tahun ago
IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Syor mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE) merupakan langkah bagi mengekang ketirisan hasil negeri ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan menggalakkan pendapatan pelaburan asing syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik dan ditukar kepada ringgit tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negara.
1tahun ago
Daripada Nashir Mansor
KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holdings Berhad di sini yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.
1tahun ago
BATU KAWAN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat peranti perubatan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Dexcom Inc secara rasminya membuka kemudahan pembuatan baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang yang juga lokasi pembuatan di luar negara pertamanya di luar AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 27 Nov, 2024 bertujuan mengukuhkan kedudukan pemain ekonomi utama di rantau ini.