3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 13 Okt (Bernama) -- Iskandar Investment Bhd (IIB) mengesahkan komitmennya untuk menyokong sepenuhnya Belanjawan 2026 menerusi strategi yang memanfaatkan pertumbuhan ekonomi serantau, mengukuhkan ekosistem bakat, dan mengembangkan inisiatif hijau dan inovasi digital.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengunjurkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia akan berkembang sederhana sekitar dua peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus pada 2024, berikutan permintaan luar yang perlahan dan peningkatan tarif Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur terus cenderung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu manakala perkembangan positif dalam negara selepas pembentangan Belanjawan 2026 membantu mengimbangi tekanan tersebut.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 mengukuhkan komitmen kerajaan untuk mempertingkat tadbir urus cukai dan langkah-langkah antiketirisan, mencerminkan usaha berterusan dalam meningkatkan ketelusan fiskal dan penguatkuasaan, menurut PwC Malaysia.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur menunggu pengumuman data ekonomi global utama.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, dengan pasaran berada dalam julat antara 1,620 dan 1,640, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring penurunan prestasi pasaran serantau berikutan para pelabur kekal dalam mod berhati-hati susulan penutupan berterusan kerajaan Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Armani Group sekali lagi mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu pemaju hartanah mewah terkemuka di Malaysia selepas merangkul tiga anugerah berprestij di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2025.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kukuh berikutan pelabur tidak bimbang mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
3bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Kepakaran Finland dalam menukar sisa kepada tenaga dan kapasiti penyimpanan karbon sedia ada di Malaysia membuka peluang untuk pertukaran pengetahuan dalam pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), membantu kedua-dua negara menuju ke arah neutral karbon.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Armani Group bekerjasama dengan Serendipity Assets Management bagi memperkenalkan barisan kulinari bertaraf dunia di Armani Hallson KLCC.