9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Astro memperkukuh kedudukannya dengan pelancaran kempen BIZone Rewards, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu outlet makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih menarik sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan serta menaikkan imej dan nilai jenama mereka.
9bulan ago
CYBERJAYA, 22 April (Bernama) -- Kemunculan perkongsian perdagangan baharu dalam kalangan blok ekonomi adalah penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengekalkan perdagangan antarabangsa yang teratur terutamanya ketika berdepan dengan cabaran global, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak global terus menerima tekanan berikutan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Rystad Energy hari ini.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengutamakan dan melindungi kepentingan negara dalam semua perjanjian perdagangan dua hala dan pelbagai hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, esok dengan tema "JS-SEZ: Merapatkan Ekonomi, Memperkukuh Rantaian Bekalan."
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Syarikat logistik multinasional, DP World sedang memperkukuh operasi di ASEAN untuk memanfaatkan kemunculan Asia Tenggara sebagai pangkalan pembuatan luar pesisir utama bagi kalangan syarikat China.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat memberi peluang kepada Malaysia untuk merombak strategi dalam memacukan lagi pengukuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kemajuan teknologi khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh integrasi serantau, merangsang inovasi dan mempertingkat daya saing ekonomi jangka panjang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) telah memuktamadkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.