BERITA TERKINI   Kesemua 36 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka serentak 7.30 pagi ini- SPR | 

Terdapat 638 berita berdasarkan kata kunci carian "nem"

Petronas Perkenal Program Sokongan Kepada Kakitangan Terjejas Susulan Pengurangan Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah.

Ekspo Taiwan 2025 Perkenal Lima Produk Inovatif

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Lima produk inovatif dalam segmen kesihatan dan kesejahteraan, kehidupan pintar serta penyelesaian inovatif akan dilancarkan semasa Ekspo Taiwan yang akan diadakan mulai 23 hingga 25 ​​Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

ATLAS By Bank Muamalat: Bank Digital Islamik Pertama Malaysia Berteraskan Keimanan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan ATLAS by Bank Muamalat, bank digital Islamik pertama di Malaysia, yang berteraskan keimanan dan selaras dengan gaya hidup terkini. 

Petronas Kekal Beroperasi Di Kanada, Kata CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekali lagi menegaskan bahawa syarikat itu tidak akan keluar dari Kanada.

Malaysia Berhasrat Jalin Kerjasama Dengan Wilayah Anhui Dalam Ekonomi Digital, Teknologi Hijau, Minyak Sawit

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

HUANGSHAN, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia berhasrat menjalin kerjasama strategik dengan Wilayah Anhui, China dalam sektor ekonomi digital, teknologi hijau dan minyak sawit di bawah rangka kerja Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk memperluas kerjasama serantau yang berorientasikan masa depan.

SC Beri Amaran Kepada Pihak Awam Mengenai Penipuan Klon Daftar Awam

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai mengenai penipuan pelaburan baharu melibatkan versi klon Daftar Awam Pemegang Lesen dan Individu Berdaftar SC.

Jepun, Malaysia Sedia Cipta Ekosistem Angkasa Lestari Bersama Bagi Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.

Amir Hamzah Lawat Depot Kastam Darat Bukit Kayu Hitam & Zon Perdagangan Bebas

ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan kerja ke Depot Kastam Darat (ICD) Bukit Kayu Hitam (BKH) dan Zon Perdagangan Bebas baru-baru ini.

Produk Ameen Tembusi Pasaran Afrika, Eksport Tujuh Perisa Minuman

TELUK INTAN, 4 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk minuman jenama Ameen, Ameen Products Sdn Bhd berjaya menembusi pasaran benua Afrika apabila menerima tempahan pertama untuk mengeksport tujuh perisa produk minuman tersebut ke negara Mali.

Mesyuarat JKKTN Setuju Tubuh Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) bagi mengukuhkan kredibiliti pengurusan fiskal negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penggunaan AI Oleh Perusahaan Di Asia Pasifik Semakin Meluas - CEO Snowflake

Daripada Nor Baizura Basri

SAN FRANCISCO, 3 Jun (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh perusahaan di Asia Pasifik termasuk ASEAN kini semakin meluas dan mula mendapat sambutan.

Snowflake Lihat Malaysia Sebagai Destinasi Terbaik, Ekonomi ASEAN Penting Untuk Pengembangan

Daripada Nor Baizura Basri

SAN FRANCISCO, 2 Jun (Bernama) -- Snowflake, sebuah syarikat pengkomputeran awan global, melihat Malaysia sebagai salah satu pasaran keutamaan utamanya dan antara ekonomi terpenting di ASEAN untuk mengembangkan operasi terutamanya ketika peningkatan minat daripada syarikat terkemuka dunia yang mahu melabur dalam data terbuka dan pusat data di negara ini.