8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama Malaysia 2025 berkemungkinan mencabar dari segi menepati jangkaan pasaran ketika pelabur terus berusaha menangani impak gabungan kesan ketidaktentuan perdagangan sebelum ini serta dedahan China ke atas ekonomi negara.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan sesi urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan dagangan AS-China terus mereda, sekali gus menyuntik sentimen positif di pasaran, mengurangkan kebimbangan berlakunya kemelesetan serta merangsang sentimen minat risiko dalam kalangan peniaga dan pelabur, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen positif daripada rundingan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengenai tarif AS, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan pasaran tunai pendasar minggu depan.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih seiring dengan trend meningkat di pasaran serantau, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun mengalami penurunan selepas itu ekoran pengambilan untung sederhana berikutan kebimbangan baharu terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian baharu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya, kata pakar ekonomi.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.