Terdapat 892 berita berdasarkan kata kunci carian " tambahan"

Lima Syarikat Singapura Labur RM1.34 Bilion Di Johor Melalui JS-SEZ – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Johor berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM1.34 bilion daripada lima syarikat Singapura menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kerajaan Tidak Teruskan Pelaksanaan Cukai HVGT - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Saham Bursa Malaysia Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Prestasi Suku Kedua Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Saham Bursa Malaysia Bhd merosot dalam dagangan awal berikutan prestasi perniagaan yang rendah dicatatkan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (suku kedua 2025).

IMF Naik Taraf Jangkaan Pertumbuhan Global Dalam Unjuran Terbaharu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Peluasan Jeti Bernilai RM140 Juta Perkukuh Peranan Serantau Johor Port

PASIR GUDANG, 29 Julai (Bernama) -- Johor Port Bhd telah menyiapkan peluasan kemudahan jeti cecair bernilai RM140 juta untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuh kedudukan Pelabuhan Johor sebagai hab pukal cecair utama di Asia Tenggara.

Bursa Malaysia Kekalkan Unjuran Untung Sebelum Cukai Bagi Tahun Kewangan 2025 - CEO

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025). 

Bantuan Tunai RM100 Galak Perbelanjaan, Beri Manfaat Pada Peniaga Kecil - Perunding

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bantuan tunai RM100 secara sekali beri daripada kerajaan dijangka menghasilkan kesan limpahan yang ketara kepada ekonomi tempatan, terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil, pengusaha pasar basah dan peruncit kawasan kejiranan di seluruh negara.

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Oxford Innotech Bhd mencatat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 36 sen yang juga premium sebanyak tujuh sen atau 24 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 29 sen.

Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.65 Trilion Setakat Akhir Mac 2025 -- Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Mekanisme AFA Pastikan Semakan Tarif Elektrik Lebih Telus - Fadillah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) bagi menggantikan sistem sebelum ini bertujuan memastikan semakan tarif elektrik yang lebih telus dan sejajar dengan realiti pasaran bahan api global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SST: FMM Perak Harap Lebih Banyak Sesi Libat Urus Beri Kefahaman

IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Perak berharap lebih banyak sesi libat urus diadakan bagi memberikan penjelasan berterusan kepada penggiat industri berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pada 1 Julai lepas.

MITI Sedia Kaji Insentif Bagi Pelabur KRC Guna Pelabuhan Di Pulau Pinang, Kuala Perlis

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia meneliti cadangan pemberian insentif kepada pelabur yang mengoptimumkan penggunaan pelabuhan tempatan, khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis.