7bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
SAN FRANCISCO, 2 Jun (Bernama) -- Snowflake, sebuah syarikat pengkomputeran awan global, melihat Malaysia sebagai salah satu pasaran keutamaan utamanya dan antara ekonomi terpenting di ASEAN untuk mengembangkan operasi terutamanya ketika peningkatan minat daripada syarikat terkemuka dunia yang mahu melabur dalam data terbuka dan pusat data di negara ini.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak dapat mengekalkan kenaikan awal selain mengakhiri minggu ini dengan prestasi yang lemah apabila tekanan jualan berterusan dalam saham berwajaran tinggi serta saham permodalan sederhana, di tengah-tengah sentimen serantau yang suram.
7bulan ago
KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- NorthBank Central, nadi komersial kepada bandar utama The NorthBank di sini hampir mencapai kadar penghunian sepenuhnya, menandakan satu pencapaian penting visi syarikat untuk membangunkan perbandaran yang bersedia untuk masa depan.
7bulan ago
Daripada Karina Imran
OSAKA, 30 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual melakukan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, esok.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pakar penyelesaian jentera automasi, ASM Automation Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Bhd menjelang 2 Julai ini, berhasrat untuk mengumpulkan RM 21.82 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao ke ibu pejabat Weststar Group mencerminkan komitmen bersama kumpulan itu dan kerajaan Timor-Leste untuk memperteguh kerjasama dua hala dalam penerbangan, perkhidmatan sokongan tenaga dan pembangunan ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Tinjauan pertumbuhan ekonomi global tahun ini adalah pelbagai dan di bawah tekanan dengan prospek yang lemah di Amerika Utara, daya tahan di rantau Asia-Pasifik dan optimis tetapi berhati-hati di Eropah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- FGV Holdings Bhd kembali mencatat keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM36.48 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, berbanding kerugian bersih RM13.50 juta pada suku yang sama tahun lepas.
7bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak tahun lepas, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
7bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan Sarawak dalam proses menilai potensi perlombongan emas di Bau, dekat sini susulan daripada penemuan baharu deposit emas di kawasan berkenaan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.