1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) menyifatkan Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai antara penerima manfaat daripada kepesatan teknologi maklumat (IT) susulan jangkaan peningkatan permintaan syarikat-syarikat awan dan internet selain jaringan kabel dasar laut global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan operasi IOI Corp Bhd kekal stabil sewaktu ketidaktentuan dalam subsegmen hiliran, dipacu oleh kos pengeluaran yang rendah dalam kalangan syarikat pesaingnya iaitu sekitar RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 27 Nov (Bernama) -- Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di sini akan memfokuskan dua sektor utama iaitu perkhidmatan perbankan dan kewangan serta perkhidmatan logistik, pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan turun naik pada sesi awal Rabu dengan indeks petunjuk utama pasaran itu mencatat pergerakan dalam wilayah untung dan rugi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah penyasaran rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun lepas bukan penyebab utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan yang menyebabkan kejatuhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih bagi suku ketiga 2024 TH Plantations Bhd (THP) melonjak kepada RM21.55 juta daripada RM17.55 juta tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM122.08 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM32.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat keputusan untuk mendaftarkan MYDATA Informatica Sdn Bhd (MISB) dan One Future Solutions Sdn Bhd (OFS) sebagai Agensi Pelaporan Kredit (APK) baharu di bawah seksyen 14 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710].
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan ASEAN yang beliau percaya pada masa ini tidak mencukupi dalam Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.