Terdapat 4238 berita berdasarkan kata kunci carian " baharu"

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal stabil minggu depan sehingga muncul pemangkin baharu.

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu: Lonjakan Menuju Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin & Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 menunjukkan langkah berani Malaysia meletakkan kedudukan sebagai negara berpendapatan tinggi dengan menekankan sektor bernilai tinggi terutamanya pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) dalam ekonomi digital.

Kerajaan, ITO Dan Hospital Swasta Sumbang RM60 Juta Percepat Pembaharuan Kesihatan -- BNM

KUALA LUMPUR, 20 Dis - Keraja -- Kerajaan bersama-sama dengan penginsurans dan pengendali takaful (ITO) serta hospital swasta akan memberikan sumbangan sebanyak RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan kesihatan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Kementerian Pengangkutan Akan Umum Tarikh Penggabungan CAAM-Mavcom

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Tarikh tentatif bagi penggabungan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Salaam Market Sasar Penyertaan 10,000 PMKS Menjelang 2025

GEORGE TOWN, 20 Dis (Bernama) -- Salaam Market, pasaran halal borong pertama Malaysia menyasarkan penyertaan 10,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjelang 2025.

Inflasi November Turun Kepada 1.8 Peratus -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Oktober tahun ini, penurunan pertama sejak Ogos 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Top Glove Catat Untung Bersih RM5.47 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024. 

Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.

Kyndryl Inc Berpangkalan Di AS Buka Pejabat Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat berpangkalan di Amerika Syarikat, Kyndryl Inc, membuka pejabat baharu di sini sekali gus membuktikan komitmennya terhadap pelanggan tempatan.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Hari Krismas, Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2024 sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2025 sempena Tahun Baharu.

TM, Petronas Dan Gentari Meterai MoU Pacu Transformasi Digital Industri

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan cabang digital Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Digital Sdn Bhd dan cabang tenaga bersihnya, Gentari Sdn Bhd (Gentari), untuk memacu transformasi digital dan inovasi mampan bagi industri dan negara.

Mah Sing Beli Tanah Di Johor Bahru Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk membeli tanah pegangan bebas seluas 2.424 hektar di Johor Bahru, Johor yang diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri perkhidmatan premium dan unit runcit.