8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$117.49 bilion (US$1= RM4.31) pada akhir Mac, 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$4.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk mempertimbangkan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) berikutan inflasi keseluruhan pada masa ini berada di bawah purata 12 bulan, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.3 peratus daripada 4.5 peratus berikutan prospek permintaan luar yang lemah.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Aktiviti utama berkaitan pengagihan atau peruntukan seperti kos, dijangka menyokong kegiatan perdagangan dan pembuatan dalam penggal terdekat ini susulan tempoh penangguhan tarif sementara oleh Amerika Syarikat (AS), kata CIMB Investment Bank Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI).
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.