BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Sabah FC 0-3 Melaka FC | 

Terdapat 3284 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian, serta sektor telekomunikasi dan media.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada sesi awal dagangan Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.

Ethiopian Airlines Manfaat Permintaan Kukuh Asia Pasifik, Sasar Malaysia Pasaran Pesat Berkembang

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lonjakan permintaan perjalanan udara antara Afrika dan Asia yang semakin melonjak mendorong Ethiopian Airlines memperkukuh operasinya di rantau Asia Pasifik (APAC) dengan Malaysia muncul sebagai satu daripada pasaran paling pesat berkembang.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengeluaran Dijangka Capai Kemuncak Musim

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa susulan pengeluaran mungkin telah mencapai kemuncak musim, kata peniaga minyak sawit.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap pemotongan kadar faedah AS minggu depan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.

NIMP 2030: Visi Zafrul Sasar Syarikat Tempatan Jadi Peneraju Global

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin & Nur Aiman Najwa Dzamae

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini, meninggalkan visi untuk masa depan Malaysia, menyasarkan syarikat daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga pemain utama menjadi peneraju pada peringkat global.

NIMP 2030: Visi Zafrul Sasar Syarikat Tempatan Jadi Peneraju Global

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini, meninggalkan visi untuk masa depan Malaysia, menyasarkan syarikat daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga pemain utama menjadi peneraju pada peringkat global.

Bursa Malaysia Terus Berada Di Zon Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Selasa.