8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Jumaat susulan perkembangan pertemuan delegasi Malaysia, diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan pegawai Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif di Washington.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam empat bidang utama -- mengurangkan defisit dagangan, menangani halangan bukan tarif, memperkukuh perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala.
8bulan ago
Daripada Salawaty Supardi
LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu tarif balas demi kepentingan bersama, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.
8bulan ago
JAKARTA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Industri Halal Malaysia-Indonesia yang bertujuan memupuk kerjasama serantau dan memacu pertumbuhan inklusif kedua-dua negara dalam ekonomi halal global.
8bulan ago
ANKARA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan lawatan kerja rasminya ke Turkiye dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz di kompleks presiden di sini pada Selasa.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengutamakan dan melindungi kepentingan negara dalam semua perjanjian perdagangan dua hala dan pelbagai hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal membantu meningkatkan lagi kecekapan dan daya tahan rantaian bekalan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) komited menyediakan kemudahan pembiayaan RM10 bilion untuk memacu integrasi ekonomi dan membuka peluang rentas sempadan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memulakan lawatan kerja selama empat hari ke Turkiye dan London bermula Selasa ini dalam usaha meninjau peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga.