1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berharap kerajaan akan memberikan pengecualian cukai yang lebih baik dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sektor tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu sejajar dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan kebimbangan yang timbul terhadap ketegangan geopolitik Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM660,000 terhadap Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) pada 3 Sept 2024 kerana tidak mematuhi subseksyen 41(4) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP).
1tahun ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik, menurut Bursa Malaysia Bhd.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketika harga rendah selepas jualan secara besar-besaran tiga hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
BATU PAHAT, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya bagi setiap permohonan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur, dalam perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Selangor dan Kuala Lumpur (KLSICCI) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk memajukan dan memperkasa perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2025 sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Profesional kewangan dan perakaunan perlu menangani ketidaksamaan upah termasuk mengambil peranan utama dalam mempromosikan amalan perniagaan yang mampan, menurut laporan yang diterbitkan oleh ACCA Global, Shift dan Forvis Mazars.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – OCBC Bank melantik George Lee Lap Wah sebagai Pengerusi OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin) berkuat kuasa hari ini.