24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini mengumumkan 12 rakan kongsi am (GP) disenarai pendek dengan peruntukan berjumlah RM6 bilion merentas dana konvensional dan patuh Shariah di bawah inisiatif Dana Pemacu.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh belian berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur kekal positif terhadap unjuran ekonomi, kata penganalisis.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pelancaran inisiatif strategik bernilai RM211 juta oleh Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) akan menyokong pertumbuhan mampan dan inklusif segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Pakar pengangkutan dan logistik menggesa kerajaan Sabah mewujudkan Kementerian Pengangkutan penuh untuk melaksanakan pembaharuan institusi dan perancangan strategik jangka masa panjang.
1bulan ago
LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Walaupun berkongsi geografi dan aspirasi ekonomi sama, Sarawak dan Sabah telah mengambil langkah sangat berbeza dalam pembangunan infrastruktur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik langkah penstrukturan semula tarif elektrik di bawah Tempoh Regulatori Keempat (RP4), dan menyifatkan ia sebagai proses pelarasan semula kos yang lebih telus kepada pengguna dan menggalakkan pengurusan permintaan tenaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang giat melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur air di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah hampir RM2.4 bilion demi kelestarian dan keselamatan bekalan air negara pada masa hadapan.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk berkongsi hasil cukai negeri itu dalam usaha menyokong pembangunan negeri serta program-program kebajikan dan sosial.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.
1bulan ago
BANGI, 19 Jun(Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan penyertaan pemain industri yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam usaha mengkomersialkan hasil inovasi berasaskan sawit.