Niaga Hadapan MSM Susut Selepas Pengambilan Untung
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh pengambilan keuntungan berikutan saranan dari kumpulan perindustrian Indonesia agar mandat biodiesel B50 ditangguhkan.