2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh peningkatan paras stok.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMCCA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM55.37 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2025 daripada RM30.92 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, selepas terjejas oleh prestasi lemah minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan susulan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan mengalami prospek rendah ketika permulaan dagangan 2026, berikutan harga yang agak tinggi tahun ini.
3bulan ago
PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Sektor minyak sawit Malaysia dijangka kekal stabil menjelang 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Genting Plantations Bhd melonjak kepada RM86.50 million untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM83.05 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini disebabkan harga isirong sawit (PK) dan jumlah jualan yang lebih kukuh.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM31.60 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM21.55 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) bagi setahun penuh 2025 pada RM4,350 satu tan manakala RM4,300 pada tahun depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pergerakan harga produk sawit lebih tinggi serta peningkatan bermusim hasil buah tandan segar (BTS) dijangka akan memacu pendapatan huluan kebanyakan syarikat perladangan pada musim bermula pada 5 November, terutamanya bagi tempoh suku ke suku tahun, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).