1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 14 Nov, 2025 berbanding US$123.8 bilion yang dicatatkan semasa 31 Okt, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 yang memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika dijangka dikuatkuasakan pada suku pertama 2026, kata Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB).
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
PRETORIA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan pada 6.38 malam waktu tempatan pada Khamis (12.38 pagi Jumaat waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) memeterai perjanjian pemegang saham dengan Wawasan Dengkil Sdn Bhd (WDSB) dan WDSolar Sdn Bhd (JV Co) untuk pelaburan bersama dalam syarikat usaha sama (JV Co) dan membangunkan loji fotovolta (PV) solar berskala besar 70 megawatt (MW) di Kedah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan keyakinan pelabur yang meningkat terhadap negara ini, kata profesor ekonomi di Sunway University Dr Yeah Kim Leng.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan MNS Credit Management Group Pte Ltd telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam pengurusan risiko kredit dan pemulihan hutang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama agensi penguat kuasa akan terus memperkukuh sistem keselamatan digital dan mempercepat tindakan menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan penipuan kewangan dapat dibanteras.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Dokumen Dasar bagi Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan (FTFC) yang disemak akan membolehkan penyedia perkhidmatan kewangan (PPK) mengambil tindakan sesuai untuk memahami pengguna rentan dengan lebih baik serta memberikan bantuan diperlukan, kata jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) merancang untuk memperluas rangkaian produknya kepada mentega, krim dan yogurt, dengan melihat segmen itu sebagai peluang tambahan selain susu segar, bergantung kepada kejayaan projek F&N AgriValley.