BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | Seorang lelaki maut diserang sekumpulan gajah liar di Gua Musang hari ini - Polis | 

Terdapat 33 berita berdasarkan kata kunci carian " ihpr"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot, didorong oleh laporan yang membayangkan pelaksanaan tarif secara berperingkat dan data yang menunjukkan penurunan inflasi borong AS yang tidak dijangka, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa dalam persekitaran sentimen pasaran yang berhati-hati dengan jangkaan bahawa kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku secara beransur-ansur dan Indeks Harga Pengeluar (IHP) serta Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

IHPR Malaysia Turun 0.4 Peratus Pada November - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024, ia disebabkan oleh sektor perlombongan yang terus menunjukkan trend penurunan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Terus Turun 2.4 Peratus Pada Oktober 2024

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Naik 0.3 Peratus Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat perlahan sebanyak 0.3 peratus kepada 115.8 pada suku ketiga 2024 berbanding 0.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Inflasi Keseluruhan Malaysia Diunjur 2.0 Peratus Hingga 3.5 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.

Indeks Harga Pengeluar Ogos 2024 Yang Rendah Dijangka Kekalkan Paras OPR - MIDF

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada tiga peratus bagi 2024 susulan inflasi indeks harga pengeluar (PPI) Malaysia yang mereda kepada 0.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos lepas berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya. 

Indeks Harga Pengeluar Mereda Kepada 0.3 Peratus Pada Ogos 2024 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.