Terdapat 338 berita berdasarkan kata kunci carian " jenama"

Sektor Automotif Malaysia Tumbuh 5.0 Peratus Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sektor automotif Malaysia dijangka mencatat kenaikan 5.0 peratus dalam jumlah jualan suku ke suku pada suku keempat 2025 (S4 2025), kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Pecca Sasar Status Pembekal Tahap-1 Dengan Kilang Pemasangan Baharu Tahun Depan

PETALING JAYA, 20 Nov  (Bernama) -- Pengeluar upholsteri kulit automotif Pecca Group Bhd (PGB) sedang berusaha mencapai matlamatnya memiliki status pembekal Tahap-1 pada 2026, susulan pelancaran barisan pemasangan tempat duduk penuh yang dirancang awal tahun depan. 

OSK Property Bakal Lancar Bayu68 Sebagai Hab Komersil Pertama Iringan Bayu Di Seremban

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- OSK Property bakal melancarkan Bayu68, pembangunan komersil pertama di perbandaran OSK Iringan Bayu seluas 1,717 ekar di Seremban, berfungsi sebagai hab perniagaan untuk komuniti sedia ada dan populasi kawasan yang semakin meningkat serta kawasan perumahan berdekatan.

WE2025 Sasar Potensi Dagangan RM100 Juta, Tarik 10,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- WE2025: Future in Motion yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Nov ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka menjana potensi perdagangan sehingga RM100 juta.

Pembukaan Kedai Baharu Lonjak Keputusan Suku Ketiga MR DIY

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang melonjak sebanyak 11.9 peratus kepada RM136.12 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM121.65 juta pada tempoh sama tahun lepas.

F&N Rancang Perluas Rangkaian Produk Selain Susu Segar

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) merancang untuk memperluas rangkaian produknya kepada mentega, krim dan yogurt, dengan melihat segmen itu sebagai peluang tambahan selain susu segar, bergantung kepada kejayaan projek F&N AgriValley.

Oriental Holdings Beli Tiga Hotel

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Oriental Holdings Bhd (OHB) dan anak syarikatnya (secara kolektif dikenali sebagai OHB Group) berhasrat untuk membeli Bayview Beach Resort Penang, Bayview Hotel Georgetown dan Bayview Hotel Langkawi.

Sentuhan Manusia Jadi Pilihan Utama Dalam Pengalaman Pelanggan Di Malaysia Walaupun Chatbot AI Cekap - Zoom

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Walaupun 56 peratus daripada natif kecerdasan buatan (AI) di Malaysia percaya bahawa chatbot memberikan respons paling cepat -- tertinggi di Asia Pasifik tetapi 83 peratus masih memilih untuk bercakap dengan wakil pekerja apabila interaksi didapati tidak lancar, menurut Zoom.

Jualan Produk Tempatan Di Platform e-Dagang Cecah RM1.99 Bilion Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jualan produk tempatan yang dipasarkan menerusi platform e-dagang mencecah RM1.99 bilion pada tahun lepas, hasil kolaborasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama penyedia platform di bawah pelaksanaan khusus Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024.

MATRADE Yakin Capai Sasaran Nilai Jualan RM3 Bilion Di MIHAS@Shanghai

Daripada Amanina Mohamad Yusof

SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin dapat mencapai nilai jualan mencecah RM3 bilion di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai) 2025, yang berlangsung dari 5-10 Nov, di sini.

Penyertaan ACCCIM Di CIIE Membanggakan - Ahmad Zahid

Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar

SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Kehadiran Malaysia melalui penyertaan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) amat membanggakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysia Pergiat Usaha Jadi Hab Semikonduktor Global - MSIA

GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk menempatkan dirinya sebagai hab global bagi industri semikonduktor, selaras dengan matlamat strategik kerajaan untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan termaju.