Terdapat 167 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan islam"

IILM Terbit Sukuk Bernilai US$1.35 Bilion, Perkenal Tempoh Matang Sembilan Bulan Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa menerbit dan menerbit semula sukuk jangka pendek berjumlah US$1.35 bilion (US$1 = RM4.15) merangkumi lima tempoh matang, penawaran dengan julat kematangan paling luas dalam satu lelongan setakat ini.

Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.

Sarawak Pertingkat Tawaran Kewangan Islam Menerusi DBOS

KUCHING, 17 Nov (Bernama) -- Pelancaran Tetingkap Perbankan Islam oleh Development Bank of Sarawak (DBOS) bukan sahaja mengukuhkan tawaran kewangannya malah juga meneguhkan komitmen Sarawak terhadap pembangunan inklusif dan berasaskan nilai.

BNM Perkukuh Sistem Keselamatan Digital, Tangani Penipuan Kewangan Melalui NSRC

GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama agensi penguat kuasa akan terus memperkukuh sistem keselamatan digital dan mempercepat tindakan menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan penipuan kewangan dapat dibanteras.

MIHAS@Shanghai 2025 Catat Jualan RM1.24 Bilion Dari 5-7 Nov - Ahmad Zahid

Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar

SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai 2025) yang diadakan sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan sebanyak RM1.24 bilion dari tempoh 5-7 Nov.

Malaysia Sasar Jualan RM3 Bilion Di MIHAS@Shanghai - Ahmad Zahid

Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar

SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia meningkatkan sasaran jualan kepada RM3 bilion daripada unjuran awal RM2.5 bilion yang dijana daripada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai di China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Catat Paras Tertinggi Baharu US$6.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).

BNM Akan Terbitkan Dokumen Dasar Penggunaan Ta'awun Lebih Meluas Bagi Takaful

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menerbitkan dokumen dasar mengenai penggunaan ta’awun (bantuan bersama) yang lebih meluas dalam takaful menjelang akhir tahun ini.

IILM Pertingkat Nilai Program Sukuk Kepada US$8.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan peningkatan nilai program sukuknya daripada US$6 bilion kepada US$8.5 bilion (US$1=RM4.22). 

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

Prudential Syariah Pacu Pembangunan Terangkum Dalam Pasaran Takaful Indonesia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Senario takaful di Malaysia dan Indonesia sedang meningkatl dengan penganalisis mengunjurkan pasaran akan melonjak kepada US$5.4 bilion (US$1=RM4.22) menjelang 2033.

GIFF 2025 Membolehkan Industri Takaful Menonjol Secara Global

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai rakan kongsi pendukung Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025, menekankan kemajuan dan hala tuju Takaful ASEAN semasa sesi Sorotan ASEAN yang bertemakan "Mencarta Transformasi Takaful ASEAN - Daripada Kekuatan kepada Penanda Aras Global".