Kerajaan Salur RM5.757 Bilion Kepada 261,651 Usahawan PMKS Sehingga Ogos 2024 – KUSKOP
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5.757 bilion kepada 261,651 usahawan sehingga Ogos 2024 bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) melalui program pembangunan secara bersepadu dan bersasar.