2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 Nov 2025 dengan aliran keluar berjumlah US$1.17 bilion (US$1 = RM4.13), berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dijangka kekal positif dalam jangka masa terdekat, di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar serta kelemahan permintaan daripada rakan dagang utama, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk sebanyak RM280.7 juta minggu lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas, dengan aliran keluar bersih asing sebanyak US$1.74 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Pelabur asing beralih menjadi penjual bersih, mengakhiri aktiviti belian bersih mereka selama dua minggu berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas dengan mencatatkan aliran keluar bersih asing bernilai US$1.71 bilion.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan pembelian bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas yang berjumlah US$904.8 juta atau 4.12 kali lebih rendah berbanding aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak US$3.73 bilion.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pinjaman bersih kerajaan dijangka menyusut sedikit pada 2026 seiring dengan langkah konsolidasi fiskal di bawah strategi fiskal jangka sederhana kerajaan yang bertujuan mengurangkan defisit kepada RM74.6 bilion (2025: -RM76.7 bilion), kata CIMB Investment Bank Bhd.
4bulan ago
SUBANG, 3 Okt (Bernama) -- Kumpulan Weststar dan MBSB Bank Bhd (MBSB) telah memeterai kerjasama strategik menerusi kemudahan pembiayaan Islam berjumlah RM1.3 bilion, bagi memacu pengembangan operasi penerbangan Weststar.