Terdapat 150 berita berdasarkan kata kunci carian " neutral"

AKPK Perkenal Siri Budi Pertingkat Celik Kewangan Warga Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan Siri BUDI, sebuah panduan kewangan dalam Bahasa Malaysia yang terdiri daripada empat jilid untuk memperkukuh pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, daripada golongan belia hingga usia persaraan.

Sentimen Perniagaan Bertambah Baik Susulan Indeks RAM BCI Meningkat Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) bertambah baik kepada 48.4 pada suku ketiga 2025 daripada 40.0 pada suku kedua yang mencerminkan peningkatan ketara dalam sentimen perniagaan untuk tiga bulan akan datang.

Grid Tenaga LTMS, Model Untuk Integrasi Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

AEM Ke-57 Bakal Perkukuh Asas Bagi FTA ASEAN-Kanada - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.

Ringgit Terus Meningkat, Didorong Pembaharuan Subsidi RON95

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa sekali gus meneruskan kenaikannya apabila keyakinan pasaran didorong oleh pendirian dasar tegas kerajaan susulan rasionalisasi subsidi RON95.

Penurunan Harga RON95 Redakan Inflasi, Jana Pertumbuhan -- OCBC Research

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah rasionalisasi RON95 yang menetapkan harga bahan api itu kepada RM1.99 daripada RM2.05 seliter bermula 30 Sept, 2025, dijangka dapat mengekang tekanan inflasi selain menjana pertumbuhan, kata OCBC Global Markets Research.

Kilang Lighthouse Midea Dipacu AI Menerajui Pengeluaran Hijau Di Asia Pasifik

CHONGQING, 22 Sept (Bernama) -- Kilang Chiller Midea di Chongqing, iaitu kilang “lighthouse” sistem pendingin pertama di dunia yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan (AI), kini menerajui pengeluaran pintar dan hijau di rantau Asia Pasifik serta membantu rakan global mencapai transformasi rendah karbon.

Malaysia Sokong Matlamat Peralihan Tenaga APEC Korea Selatan

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BUSAN, 27 Ogos (Bernama) --  Malaysia menyokong penuh matlamat Korea Selatan untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15) bertemakan ‘Pertumbuhan Mampan melalui Inovatif dan Peralihan Inklusif’ kerana ia tepat pada masanya, relevan dan sejajar dengan agenda peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Macquarie Asset Management Berminat Melabur Di Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pengurus dana global, Macquarie Asset Management menunjukkan minat untuk melabur dalam pelbagai sektor di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Strategi Semikonduktor Nasional Raih Sokongan Pelabur, Serantau -- CIMB

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) akan terus meraih tarikan dalam kalangan pelabur, institusi dan pihak berkepentingan serantau.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Antara RM4.22-RM4.24 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka berlegar antara RM4.22 dan RM4.24 minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan AS (fed) dijangka mengekalkan kadar dasarnya, kata penganalisis. 

Indeks Teknologi Pengaruhi Pasaran, Strategi Semikonduktor Kebangsaan Tarik Pelaburan RM63 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Indeks Teknologi Bursa Malaysia naik 0.04 mata kepada 52.36 manakala kebanyakan indeks sektoral lain kekal dalam wilayah negatif.