13hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi sedikit rendah, dipengaruhi tekanan jualan dalam kalangan kaunter wajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ringgit berpotensi untuk terus mengukuh sehingga paras 3.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan dasar tarif Presiden Donald Trump, dengan tindakan itu dilihat memberi manfaat kepada pasaran yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.5 peratus bagi 2026 walaupun Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membatalkan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku keempat tahun kewangan 2025 (S4 2025) meningkat 11.9 peratus tahun ke tahun, didorong oleh unjuran pendapatan bukan faedah (NOII) yang lebih positif.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV), sektor automotif Malaysia meningkat 28.7 peratus tahun ke tahun kepada 64,298 unit pada Januari 2026, didorong peningkatan lebih tinggi dalam segmen kenderaan penumpang dan komersial, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi didorong minat belian khususnya dalam kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan produk pengguna.
17hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Potensi peningkatan daripada menambah belian awal produk elektrik dan elektronik (E&E) menjelang pelaksanaan tarif berperingkat Amerika Syarikat (AS) ke atas pelbagai produk semikonduktor yang lebih luas boleh menyokong perdagangan luar Malaysia pada 2026.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Minat belian yang berterusan terhadap kaunter kewangan dalam saham wajaran tinggi terus meningkatkan Bursa Malaysia pada tengah hari serta didorong oleh prestasi ringgit yang stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).