10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.
10bulan ago
KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka kekal komited membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai langkah penyusunan semula saiz tenaga kerjanya yang turut melibatkan pendekatan daripada peringkat tertinggi hingga peringkat terendah.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hasil dividen Public Bank Bhd (PBB) dijangka meningkat melebihi 5.0 peratus mulai tahun ini walaupun harga sahamnya tidak berubah, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Keputusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM500.57 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM469.78 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induk, KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- MR D.I.Y. Group (M) Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM121.64 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM123.94 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.