Terdapat 352 berita berdasarkan kata kunci carian " pembukaan"

SBS Nexus Dibuka Tidak Berubah Kepada 25 Sen Ketika Mula Disenarai Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.

Kejayaan Sebagai Pengerusi ASEAN, Aliran Masuk FDI Kukuhkan Prospek Ekonomi 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sultan Ibrahim Puji Pencapaian Ekonomi Negara, Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lepas dan berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun lalu.

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan harga saham yang tidak banyak berubah selepas melepasi paras tertinggi baharu untuk beberapa kali pada minggu lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 5.7 peratus pada suku keempat 2025, menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia yang berterusan.

SJPP Jangka 2026 Lebih Baik Bagi PMKS, Sokong Pelaburan Teknologi & Pengembangan Syarikat

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) menjangkakan 2026 menjadi tempoh yang lebih baik untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), disokong persekitaran ekonomi yang lebih stabil serta peluasan semula sokongan pembiayaan kepada pelbagai segmen perniagaan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran KDNK Suku Keempat

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 Malaysia hari ini.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Tetapi Tinggi Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

IPO : Semico Capital Catat Premium 80 Peratus, Kumpul Modal RM23.2 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) --  Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengumuman Pembayaran Gaji Bukan Ladang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) --  Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dipengaruhi oleh peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) ketika pasaran global akan memberi tumpuan terhadap pengumuman pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini.

Malaysia, Turkiye Sasar Sinergi Dalam Pertahanan, Tenaga Dan Industri Teknologi Tinggi - PM Anwar

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ISTANBUL, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam industri strategik dengan saling memanfaatkan kekuatan dalam sektor pertahanan, tenaga dan teknologi tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

A-ASign Buka Pejabat Baharu, Kukuhkan Perak Sebagai Hab GBS - Saarani

IPOH, 8 Jan (Bernama) -- Pembukaan pejabat operasi baharu A-ASign Corporation Sdn Bhd di Ipoh mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Perak sebagai lokasi strategik untuk pertumbuhan industri perkhidmatan bernilai tinggi dan ekonomi digital.