BERITA TERKINI   Hubungan strategik Malaysia-Turkiye ditingkat termasuk dalam soal AI, tenaga dan nadir bumi - Anwar | Malaysia-Turkiye bincang soal Gaza, sifatkan tindakan Netanyahu halang bantuan adalah zalim, hilang nilai kemanusiaan - PM Anwar | Kunjungan rasmi ke Turkiye eratkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi, teroka potensi pelbagai bidang - PM Anwar | PM Anwar hari ini menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri di Türkiye sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu | Tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung 47 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid berkaitan Yayasan Akalbudi -  AGC | 

Terdapat 213 berita berdasarkan kata kunci carian " pengambilan untung "

Bursa Malaysia Susut Pada Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi akhir dagangan pagi hari ini, berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dan menghentikan aktiviti pembelian pada harga rendah, meskipun pasaran serantau menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Akhiri Kenaikan Kukuh Selama Tiga Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Akhiri Peningkatan Dua Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri kenaikan selama dua hari apabila ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang memberi kesan kepada sentimen pasaran, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik, sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Berhati-hati Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, diseret turun oleh pengambilan untung dalam kaunter wajaran tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.

Pasaran Serantau Suram, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini susulan penyusutan pasaran serantau apabila pelabur meneruskan aktiviti pengambilan untung dalam saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun, kata peniaga.