Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " pengendali lapangan terbang"

GDA Peroleh 84.1 Peratus Saham MAHB Setakat 8 Jan 2025

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (secara kolektif, Konsortium) telah menerima penerimaan tawaran sah sebanyak 1.40 bilion saham mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB Catat 11.2 Juta Pergerakan Penumpang Pada November, Hampir Paras Sebelum Pandemik

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 11.2 juta pergerakan penumpang merentasi rangkaian lapangan terbangnya pada November 2024, mencerminkan pertumbuhan kukuh 16.1 peratus berbanding angka pada November 2023, sekali gus mencapai 96.7 peratus daripada tahap sebelum pandemik.

MOSTI, CRADLE LANCAR STARTUP ASEAN, PROMOSI STI DALAM EKOSISTEM SERANTAU

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Cradle Fund Sdn Bhd melancarkan platform digital, Startup ASEAN dalam usaha menjadikan negara anggota perkumpulan itu sebagai penggiat dalam landskap syarikat itu di peringkat global.

Kota Kinabalu Dan Langkawi Capai Akreditasi Karbon Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah mencapai Pemetaan Tahap 1 Akreditasi Karbon Lapangan Terbang (ACA) yang diberikan Airports Council International (ACI).

Untung Bersih MAHB Naik Kepada RM210.37 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Filipina Sasar Jadi Hab Penerbangan Di Asia Menjelang 2028

MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Industri penerbangan Filipina sedang berada di ambang transformasi penting dan bersiap sedia untuk menjadi hab penerbangan di Asia menjelang 2028, dipacu oleh inisiatif penswastaan ​​lapangan terbang dan penyiapan lapangan terbang baharunya.