Terdapat 1488 berita berdasarkan kata kunci carian " penyelidikan "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.

Prestasi Getah Bercampur-campur, Komoditi Lain Seperti Koko Dan Lada Kekal Berdaya Tahan Pada 2025

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.

Negeri Sembilan Lancar Bandar Pembuatan AI Fotonik Bernilai US$20 Bilion

SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.

Industri Sawit Kekal Stabil Pada 2026, Tumpu R&D Dan Peningkatan Hasil – Johari

BANGI, 16 Dis (Bernama) -- Industri sawit negara dijangka kekal stabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street. 

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Ke Paras Tertinggi Dalam Masa 14 Bulan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Okt 2024 , disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pengukuhan ringgit yang berterusan, meningkatkan sentimen pelabur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada akhir minggu lepas.

Ekonomi Negara Terus Berkembang Pada 2025 Walaupun Berdepan Cabaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.

Bursa Malaysia Ditutup Tertinggi Dalam Dua Bulan Seiring Sentimen Positif Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025.

TNB Raih Anugerah Jenama Terbaik Buat Kali Kelima

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Komitmen berterusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkukuh kehadiran jenamanya dalam pasaran yang sentiasa berubah diiktiraf apabila syarikat utiliti itu menerima anugerah berprestij Jenama Terbaik 2025–2026 pada majlis World Branding Awards di Osaka, Jepun baru-baru ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.