Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " petroleum mentah"

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 0.8 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025 dan meneruskan peningkatan 0.5 peratus dicatatkan pada Disember 2024.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Meningkat 0.5 Peratus Pada Disember 2024

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat secara perlahan pada 0.5 peratus tahun ke tahun bagi  Disember 2024 selepas susut 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.

IHPR Malaysia Turun 0.4 Peratus Pada November - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024, ia disebabkan oleh sektor perlombongan yang terus menunjukkan trend penurunan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Susut Kepada 41.8 Juta Tong Suku Ketiga 2024

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 41.8 juta tong pada suku ketiga 2024, menyusut sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Terus Turun 2.4 Peratus Pada Oktober 2024

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sarawak Diunjur Catat Pertumbuhan 5-6 Peratus Pada 2024 -- Abang Johari

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.

Indeks Harga Pengeluar Susut 1.9 Peratus Pada 2023 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) --  Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun sebanyak 1.9 peratus pada 2023 berbanding 7.8 peratus pada 2022, disebabkan terutamanya oleh penguncupan dalam sektor pertanian, perhutanan perikanan (-13.8 peratus).

Indeks Harga Pengeluar Mereda Kepada 0.3 Peratus Pada Ogos 2024 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.