BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | 

Terdapat 311 berita berdasarkan kata kunci carian " rentas sempadan"

Malaysia Diposisi Kedua Dalam Pertumbuhan Pasaran Perbankan Islam Global - StanChart

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan 48 peratus dalam bahagian pasaran perbankan Islam antara 2000 dan 2024, meletakkan negara di posisi kedua seluruh dunia selepas Arab Saudi, menurut satu laporan oleh Standard Chartered (StanChart).

Malaysia Diiktiraf Ekonomi Digital Paling Pesat Berkembang, Sasar Capai US$39 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini. 

MOSTI, Agensi Pemangkin Penemuan Sains Dan Teknologi Bertaraf Dunia -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta semua agensi relevan sewajarnya meningkatkan pembiayaan penyelidikan strategik untuk memangkin kejayaan penemuan saintifik dan teknologi bertaraf dunia.

ASEAN+3 Teroka Kaedah Pacu Simpanan Serantau Bagi Penuhi Keperluan Pembiayaan

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penggubal dasar ASEAN+3 sedang meneroka kaedah untuk menggerakkan simpanan serantau, satu langkah yang dilihat semakin penting memandangkan rantau ini berdepan dengan keperluan peningkatan pembiayaan yang besar, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Marzunisham Omar.

Malaysia Komited Muktamad DEFA Tahun Hadapan - Gobind

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneruskan usaha menggunakan pendekatan menyeluruh ke arah memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) tahun hadapan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Pembayaran QR Rentas Sempadan ASEAN Catat 12.9 Juta Transaksi Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembayaran rentas sempadan ASEAN menggunakan sistem kod Respons Pantas (QR) mencatatkan lonjakan dengan mencapai 12.9 juta transaksi pada separuh pertama 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

EXIM Bank Malaysia, MNS Bekerjasama Pertingkat Pengurusan Risiko Kredit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan MNS Credit Management Group Pte Ltd telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam pengurusan risiko kredit dan pemulihan hutang.

WE2025 Sasar Potensi Dagangan RM100 Juta, Tarik 10,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- WE2025: Future in Motion yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Nov ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka menjana potensi perdagangan sehingga RM100 juta.

Pertumbuhan Pesat Afrika Buka Peluang Kepada Malaysia Tangani Ketidaktentuan Geopolitik

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan pesat ekonomi benua Afrika memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengurangkan pergantungan eksport kepada rakan tradisional serta berpotensi menjadi lindung nilai terhadap ketidakpastian geopolitik, kata seorang ahli akademik.

Malaysia Satukan Dasar, Pelaburan & Modal Insan Jana Masa Depan Tenaga Asia Tenggara - SEDA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.

JS-SEZ : Malaysia, Singapura Dan Indonesia Mulakan Perbincangan Kerjasama Tiga Hala - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia, Singapura dan Indonesia telah memulakan perbincangan kerjasama tiga hala berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Unit Petronas Terima Permit Penilaian CCS Luar Pesisir Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petronas, Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV) menerima permit penilaian luar pesisir bagi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di kawasan Duyong oleh agensi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon Malaysia, MyCCUS.