BERITA TERKINI   Ringgit meningkat kepada 3.8835/9065 berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun | Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 landa perairan Sabah awal pagi ini, tiada ancaman tsunami - MetMalaysia | 

Terdapat 85 berita berdasarkan kata kunci carian " saham teknologi"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meskipun Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan sentimen pasaran tempatan disokong kemungkinan berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Menongkah Aliran Serantau Untuk Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah aliran rendah serantau untuk ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah minat belian berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terplilih yang diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit ketika sesi dagangan tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam kaunter telekomunikasi, produk pengguna dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik susulan Sidang Kemuncak ASEAN yang baru berakhir dan sejajar dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas meraih peningkatan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

FBM KLCI Menokok 0.55 Peratus, Jejaki Prestasi Positif Pasaran Ekuiti Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di kebanyakan pasaran ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Di Tengah-tengah Sentimen Positif Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Isnin, seiring dengan prestasi positif rakan serantau, kata seorang penganalisis.