BERITA TERKINI   Sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam - PM Anwar | Rang Undang-Undang Had tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentang pada sesi Parlimen ini - PM | Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini - PM Anwar | Pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini - PM Anwar | Mahkamah: ADUN Kijal Razali Idris didenda RM2,000 selepas didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut pada PRK Kemaman | 

Terdapat 66 berita berdasarkan kata kunci carian " sapura energy"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan, CI Susut 0.97 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankan pasaran yang terus merasai kesan daripada kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).

FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan rendah sedikit selari dengan pasaran serantau, apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelan tarif timbal baliknya.

Indeks Utama FBM KLCI Naik 12.87 Mata Ke Paras Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah ketika tengah hari pada Jumaat berikutan pengambilan untung selepas kenaikan kukuh berterusan baru-baru ini memberi tekanan kepada kaunter produk perindustrian, telekomunikasi dan perbankan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Sapura Energy Kembali Raih Untung, Catat Untung Bersih RM189.53 Juta Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyak RM508.66 juta setahun lepas.

Dewan Negara Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Tetapi Kemudian Merosot Disebabkan Sentimen Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Berbeza Dengan Trend Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza dengan trend serantau apabila mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dengan jualan yang kebanyakannya dalam kalangan saham wajaran tinggi diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan pembinaan.

Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.