MIHAS 2024: 18 Syarikat Sertai Pavilion Taiwan Pamer Produk Miliki Sijil Halal
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mempamerkan produk mesra halal daripada 18 syarikat dari Taiwan di Pavilion Taiwan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2024), yang diadakan dari 17-20 Sept 2024.