Terdapat 323 berita berdasarkan kata kunci carian " sekuriti"

Struktur Fi Baharu SC Dijangka Berkuatkuasa 1 Jan 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Industri Pembrokeran Bursa Malaysia Terbit Kertas Cadangan Ketahanan Siber

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.

SC Lancar Program Sokong Profesional Wanita Kembali Bekerja Dalam Pasaran Modal

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan program ‘investED for Returning Women’, latihan khusus yang bertujuan untuk membantu golongan profesional wanita kembali bekerja dalam pasaran modal selepas berehat daripada kerjaya.

Sektor Perbankan Percepat Penggunaan AI Untuk Pematuhan Etika Yang Lebih Bijak

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia sedang mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memantapkan pematuhan, pengurusan risiko dan pengesanan penipuan.

Bursa Malaysia, Pengawal Selia Perkukuh Kerjasama Tangani Risiko Penjualan Dana Asing

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dan pihak pengawal selia bekerjasama erat bagi memacu keberkesanan, kecergasan serta kemudahan akses pasaran bagi pelabur, termasuk pelabur asing bagi mengurangkan risiko penjualan dan penarikan dana dari pasaran saham.

SC Umum Enam Syarikat Terpilih Untuk Kohort Pertama MyABE

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengumumkan enam syarikat yang dipilih untuk inisiatif kohort pertama Entiti Perniagaan ASEAN Malaysia (MyABE).

Jurang Kadar Faedah FFR-OPR Mengecil, Daya Tahan Domestik Pemacu Momentum Ringgit

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.

Tindakan Segera Diperlukan Untuk Tangani Kesan Perubahan Iklim Yang Semakin Meningkat - Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sumber saintifik dan kewangan harus disegerakan untuk memahami dan menangani kesan perubahan iklim, memandangkan peristiwa cuaca ekstrem bukan lagi jarang berlaku tetapi berulang dan semakin meningkat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Pelan Tindakan ACMF 2026-2030 Jadikan ASEAN Sebagai Hab Pelaburan Bertanggungjawab - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.

AICB Gesa Kerjasama Rentas Sempadan Lebih Kukuh Untuk Perangi Peningkatan Kadar Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Bursa Malaysia, AmInvest Lancar Dana ETF FTSE4Good Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan AmInvest hari ini melancarkan dana dagangan bursa (ETF) FTSE4Good Bursa Malaysia yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang memenuhi kriteria pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).

Ringgit Dibuka Kekal Mengukuh Menjelang Pengumuman OPR, Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika tumpuan pelabur terus terarah kepada penilaian semula kadar faedah di peringkat domestik dan di AS.