1bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Nov (Bernama) -- Kepimpinan dan kejayaan Finland dalam penyelesaian iklim melalui ekonomi kitaran disifatkan sebagai luar biasa dan boleh dicontohi oleh Malaysia, yang turut melaksanakan matlamat sama dalam menggalakkan kemampanan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran dua duit syiling peringatan edisi terhad sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 (ASEAN25) dan sambutan ulang tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM7.88 bilion nilai pelaburan hijau berjaya dijana pada 2024 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
1bulan ago
Oleh Aisha Hani Nor Azmir
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan tiga syarikat bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
1bulan ago
KLANG, 1 Nov (Bernama) -- Pusat borong terbesar GM Klang secara rasmi melanjutkan waktu operasi baharu iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula malam ini.
1bulan ago
SEPANG, 31 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk melaksanakan pelan tindakan komprehensif bagi menyelesaikan isu kebolehpercayaan berulang yang melibatkan sistem aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- CelcomDigi Bhd telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk memacu pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) merentasi kumpulan anak syarikat negeri itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sunway Malls memperkukuh agenda kelestariannya dengan memperkenalkan pencerna makanan pertama di Malaysia serta pencapaian pensijilan antarabangsa SIRIM, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap nilai pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan CIMB Bank Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pelaburan bernilai tinggi dan mampan, mendalami ekosistem perindustrian dan meningkatkan daya saing Malaysia.
2bulan ago
KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkukuh usaha untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan pembiayaan inovasi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga di Sarawak melalui program Road2Growth (R2G) Sarawak 2025.