8bulan ago
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan selama 90 hari tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas 75 negara, termasuk Malaysia, memberikan sedikit kelegaan buat negara.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tidak ada pihak yang akan muncul sebagai pemenang dalam tindakan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) atau reaksi serupa daripada sebilangan negara, kata bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Andrew Sheng.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Para menteri kewangan ASEAN hari ini mula sibuk dengan usaha untuk mewujudkan prasyarat dan inisiatif yang diperlukan bagi memperkukuh integrasi kewangan lebih-lebih lagi susulan tarif yang menjejaskan semua negara anggota.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington hujung bulan ini untuk membincangkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Dhaharuddin
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Sebarang perubahan kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 bagi 2025 akan berlandaskan analisis impak menyeluruh yang dijalankan oleh Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Timbalan Penolong Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi Asia, Robert Kaproth bertemu dengan kalangan pegawai kanan ASEAN di sini hari ini bagi memberi taklimat mengenai pengenaan tarif ke atas 168 negara oleh AS.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global termasuk kesan daripada kejatuhan pasaran di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kerugian sehingga trilion dolar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu membentuk satu kesepakatan dalam isu tarif yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan rundingan dan perbincangan yang bakal dijalankan mempunyai asas yang kukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai ruang untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tindakan Washington yang mengenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas barangan Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
8bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Menteri kewangan ASEAN akan bertemu di sini pada minggu depan di tengah-tengah keperluan mendesak untuk memperdalam integrasi ekonomi dan mengukuhkan daya tahan kewangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS).