BERITA TERKINI   Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Terdapat 33 berita berdasarkan kata kunci carian " usahawan wanita"

KUSKOP Peruntuk RM2.57 Bilion Kepada 272,242 Usahawan Wanita Di Bawah AIM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM2.57 bilion kepada 272,242 usahawan wanita di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) setakat November bagi tahun ini.

MICCI Lancar "E-Commerce Chapter" Lonjak Ekonomi Digital Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) memperkenalkan “E-Commerce Chapter” untuk meningkatkan kerjasama kalangan peserta utama dalam industri e-dagang dan badan pengawalseliaan.

Tema APEC 2024 Selaras Dengan Tema 'Keterangkuman Dan Kelestarian' ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, “Empower, Include, Grow”, selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.

Anugerah Halal Dunia Perkukuh Kedudukan Malaysia Raih Peluang Di Pasaran Global - HDC

MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) anjuran Halal Development Corporation Bhd (HDC) bukan sahaja melengkapi ekosistem industri halal Malaysia malah meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.

Belanjawan 2025: Pembiayaan RM470 Juta Penting Untuk Pertingkat Usahawan PMKS Wanita

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Peruntukan dana pembiayaan sebanyak RM470 juta bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diteraju wanita akan berperanan penting membantu usahawan wanita memperoleh modal kerja, membeli aset dan meluaskan kapasiti perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

Belanjawan 2025: SME Bank Harapkan Langkah Sokongan Lonjak Pertumbuhan PKS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

MIBS 2024 Beri Tumpuan Perkasa PKS Dan Usahawan Wanita

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) 2024 yang ke-19 akan memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan wanita.

Malaysia Perkasa Lebih 500,000 Usahawan Wanita Melalui Program Kewangan Mikro - Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia komited terhadap pemerkasaan ekonomi wanita dengan menyokong lebih 500,000 usahawan dalam kalangan komuniti itu melalui program kewangan mikro, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

AmBank Islamic Peruntuk RM450,000 Menerusi Itekad Sokong Ibupreneur Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita.